Syarat pelajar jika ingin sukses..



 Ini adalah beberapa syarat yang harus dimiliki seorang pelajar, jika sirinya ingin sukses :
Bijak
 
Pelajar yang cemerlang bijak dalam mengurus diri, menggunakan masa-masanya, serta memanfaatkan sumber-sumber yang berada di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik mungkin, melakukan hanya yang baik dan menjauhi dari perkara-perkara yang ditegah atau lebih cenderung ke hal yang baik. Pelajar yang cemerlang juga senantiasa intropeksi diri dan berusaha memperbaiki dirinya. Ia lebih cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan/manfaat.
Cerdas
 Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fisiknya, jiwa dan emosi diri. Dia juga menjaga polamakannya serta membuat latihan jasmani(olah raga). Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta cenderung melakukan aktivitas-aktivitas yang bermanfaat membuatkan dirinya lebih disiplin, sehat, dan cerdas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktivitas-aktivitas yang dilakukannya sehari-hari. pelajar  yang cemerlang amat rajin, mempunyai semangat yang tinggi serta berkomitmen dalam melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab yang diberikan padanya. Dan juga tugas-tugasnya akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab, juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.
Elok
Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan(styile), bertuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang bergaul. Dia juga menjauhkan diri dari segala perbuatan maksiat. Dia sadar bahwa mereka yang sering melakukan hal-hal maksiat hatinya akan merasa gelisah. Hidup juga tidak diridhoi Allah. Pelajar yang cemerlang menjadi tauladan kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, pola fikir dan cara bicaranya serta tingkah lakunya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya, dan juga teman-temannya.
Gigih
Pelajar yang cemerlang senantiasa melakukan pekerjaannya dengan penuh semangat dan tekun. Ia senang mempelajari setiap mata pelajaran. Dia pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.
Faham  
Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada berbicara. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum dia member ilustrasi. Daya Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualitas yang ingin benar-benar memahami apa yang ia dengar, ia baca, ia lihat atau yang dipelajarinya.
Iman
Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama yaitu menjalankan segala perintah-Nya dan selalu menjauhi larangan-Nya. Dia juga patuh pada bapa dan ibunya, guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.
Hasrat
Pelajar yang cemerlang selalu menyimpan di hati kecilnya sebuah hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya itu memberikan supply motivasi kepadanya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai puncak kejayaan dalam kehidupannya.

Posting Komentar

Terimakasih sudah berkunjung, Silahkan mencoretkan komentar atau kritik , saran kamu yaaa...

Makasiiiihhhh ^_^